Ads 468x60px

Jumaat, 11 Januari 2013

JENAYAH SIBER






Dalam kepesatan arus kemodenan, teknologi maklumat merupakan sumber yang paling penting bagi manusia. Ini kerana, rangkaian internet dapat menghubungkan manusia ke seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat atau sumber tertentu.

Antara inisiatif kerajaan Malaysia ialah mensasarkan setiap rumah dilengkapi dengan jalur lebar. Ini kerana kemudahan internet amat diperlukan oleh penduduk-penduduk kampung kerana memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan konvensional iaitu perkhidmatan kaunter bertukar mejadi talian (online).
Banyak urusan dapat dilakukan secara atas talian, sebagai contoh semakan daftar pemilih pilihan raya, semakan saman, bayaran zakat dan sebagainya.

Dalam pada itu, ada pihak yang cuba mengambil peluang untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jenayah siber dilakukan oleh golongan professional dalam bidang teknologi. Kes jenayah siber terus meningkat saban tahun dan memberi ancaman terhadap kedaulatan negara kerana penggodam mampu menceroboh system pertahanan dan keselamatan negara serta memberi maklumat kepada negara musuh.

Antara jenis siber jenayah:

  • PENIPUAN
  • KECURIAN MAKLUMAT
  • CAPAIAN TIDAK SAH KE ATAS SISTEM
  •  MENYALIN PERISIAN SECARA TIDAK SAH
  •  PENGINTIPAN
  •  JUDI SIBER
  •  SKIM CEPAT KAYA
  •  PORNOGRAFI
  •  PENYEBARAN VIRUS

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH SIBER.

1)Kerjasama Antara Negara Secara Global
-perlu bekerjasama dengan negara lain untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan siber
-menubuhkan unit pencegahan jenayah siber

2) Kerjasama Antara Kerajaan dengan Syarikat Serta Pengguna Komputer
-syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah keselamatan terlebih dahulu
-berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan.
-memberi cadangan kepda kerajaan untuk meningkatkan keselamatan maklumat

3) Pemantauan Pihak Berkuasa Di Alam Siber
-PDRM perlu meronda dan dan memeriksa siber café untuk mengelakkan berlakunya jenayah siber
-SKMM juga memainkan peranan melawati  dan menutup laman-laman yang mengajar pengguna untuk menjadi melakukan jenayah ini.

4) Menerapkan Pengetahuan Mengenai Jenayah Siber
-mengadakan kempen di sekolah
-media elektronik perlu banyak mnyiarkan iklan berkenaan jenayah siber

0 ulasan:

Catat Ulasan


 

DIHASILKAN UNTUK

DIHASILKAN UNTUK