Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Jumaat, 11 Januari 2013

CARA SELAMAT BELI BARANG ONLINE


Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi cara selamat ketika membeli barang online.



Memang tidak dinafikan bahawa harga alat teknologi seperti telefon pintar ini banyak dijual dan harganya pula mahal. Namun kadang-kadang harga yang dijual dalam online lebih murah dari kedai. Tidak dinafikan, barang online kebanyakan murah daripada harga yang dipasarkan di kedai. Antara salah satu kes yang berlaku ialah, seorang pembeli menempah Samsung Galaxy Sll tapi apa yang dapat ialah lesung batu. Oleh itu kita mestilah berhati-hati dalam berurus niaga dalam pembelian online.





TIPS BELI BARANG ONLINE.

1. Anda patut curiga jika harga barang terlalu murah.
2. Usahakan memberi barangan dari penjual yang berdekatan atau yang sama negeri dengan anda, bererti anda boleh pergi ke tempatnya secara terus.
3. Usahakan anda mempunyai kenalan yang berdekatan atau sama negeri dengan penjual, supaya rakan anda boleh membantu anda menyiasat kewujudan penjual berkenaan.
4. Usahakan supaya pembayaran sedapat-dapatnya dilakukan dengan cara tunai (COD) atau CashnCarry (CnC)
5. Hati-Hati terhadap desakan untuk segera melakukan pembayaran.
6. Belilah di tempat yang pernah di beli oleh rakan-rakan anda dengan tiada masalah.
7. Dapatkan dari Penjual yang memiliki Website / blog yang telah lama berada di internet.


#sumber: http://hidupduniayangsementara.blogspot.com/2012/01/cara-selamat-beli-barang-online.html

Berapa laju anda menaip





Anda boleh menguji kelajuan menaip anda dengan melayari laman di bawah..
 

Software Yang Perlu Ada Dalam Komputer Anda


 Setiap software semua adalah versi percuma dan tak perlu keluarkan duit sesen pun. Dan ia adalah terbaik yang pernah aku pakai dan guna sekarang. Laptop aku jadi mantop dan smooth je..  

1. Software Free Antivirus yang terbaik sepanjang zaman:
Note: Jangan install ketiga-tiga antivirus ini dalam komputer/laptop anda. Ia boleh menyebabkan komputer/laptop anda jadi hang sebab ia akan jadi pening kerana ketiga-ketiga antivirus telah aktif. Install salah satu antivirus seperti diatas. Pastikan juga anda selalu update antivirus anda.  

2. Ccleaner - Software yang clean segala-gala fail-fail sementara dalam komputer/laptop anda seperti:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows - Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files dan Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE
Note: Pastikan anda dapatkan yang terkini di http://www.filehippo.com/download_ccleaner 3. 7zip - Open Source software yang unzip fail-fail yang mempunyai kapasiti yang besar dan boleh mengecilkan fail-fail kepada saiz yang dikehendaki. Ia menyokong fail-fail yang berformat 7z, ZIP, GZIP, BZIP2, TAR, ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR dan Z. Download disini http://www.7-zip.org/download.html

4. Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera - Ketiga-tiga browser ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri:
5. PDF Creator - Satu lagi software dari open source yang aku selalu guna untuk create pdf. Download disini http://sourceforge.net/projects/pdfcreator 
 
6. CPE17 Antiautorun Killer - Software yang remove virus dari external HD danpendrive. Made In Thailand punyer..Tapi jangan risau..ia ada dua bahasa iaituThailand dan English. Anda perlu copy ke drive C dan klik 2 kali..Ia akan tertera di Tray windows komputer/laptop anda. Download disini CPE17 Antiautorun Killer
7. Adobe Reader atau Foxit Reader - Software yang wajib perlu ada dalam komputer/laptop anda. Ia ditugaskan untuk membaca fail pdf.
8. Adobe Flash Non IE dan Adobe Flash IE - Setiap komputer/laptop memerlukan software ini untuk melihat animasi dalam sesuatu website. Anda boleh download software disini: http://www.filehippo.com/download_flashplayer 9. Adobe Shockwave - Membenarkan anda melihat kandungan web interaktif sepertigames, business presentations, entertainment dan advertisements dari web browser anda. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_shockwave 10. Java Runtime Environment - Download sini http://www.filehippo.com/download_jre_32 11. Teracopy - Untuk melajukan proses copy dan paste sesuatu fail. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_teracopy
 
 
12. Unlocker - Jika anda mempunyai masalah tidak boleh delete fail contohnya Access Is Denied, software ini akan membantu anda untuk delete fail tersebut. Malah ia boleh melajukan sistem windows anda. Download http://www.filehippo.com/download_unlocker


Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial




Apa itu laman sosial? Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini. 



Kebaikan:-

1. Sebagai alat perhubungan. Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

2. Sebagai alat pemasaran produk. Laman sosial ini amat berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.

3. Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya ilmu keagamaan

4. Sebagai alat untuk memantau pergerakan anak-anak (itupun sekiranya anak-anakapproved request untuk jadi kawan – ibu bapa kena bijak la..nak menyamar ke.. :)).  Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-anak mereka. Mengenali kawan-kawan kepada anak mereka. Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita masalah mereka dengan kawan-kawan daripada ibu bapa. Jadi ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka. Ini adalah salah satu caranya.

Keburukan:-

1. Pembaziran masa.  Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

2. Mengurangkan produktiviti. Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti kerja. Majikan menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial. Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan mem”block” laman-laman tersebut. Namun demikin kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut dilayari dengan menggunakan telefon bimbit. 

3. Penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial. 

4. Pencerobohan akaun. Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar. 

5.Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah. Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya bijak dalam mengendalikan akaun mereka.  Add Friends hanya yang dikenali, kadang-kadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la terhad.

6. Kebocoran maklumat. Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat  tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu kongsi maklumat tersebut. 

Kita telah mengetahui kebaikan dan keburukan laman sosial oleh itu pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengendalikan akaun mereka

sumber- http://alyadina.blogspot.com/2012/06/kebaikan-dan-keburukan-laman-sosial.html

Kedudukan yang Betul Semasa Guna Komputer

Inilah posisi yang betul jika menggunakan komputer terlalu lama.


Cipta Kata Laluan yang Baik

Assalamualaikum...

Hari ini saya hendak mengajak anda untuk memeriksa kekuatan kata laluan anda. Anda boleh memeriksa dengan klik website ini http://www.passwordmeter.com/

Contoh kata laluan saya:


ni la hasil kata laluan yang selalu saya guna... memang kuat!! :)

JENAYAH SIBER






Dalam kepesatan arus kemodenan, teknologi maklumat merupakan sumber yang paling penting bagi manusia. Ini kerana, rangkaian internet dapat menghubungkan manusia ke seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat atau sumber tertentu.

Antara inisiatif kerajaan Malaysia ialah mensasarkan setiap rumah dilengkapi dengan jalur lebar. Ini kerana kemudahan internet amat diperlukan oleh penduduk-penduduk kampung kerana memudahkan mereka menggunakan perkhidmatan konvensional iaitu perkhidmatan kaunter bertukar mejadi talian (online).
Banyak urusan dapat dilakukan secara atas talian, sebagai contoh semakan daftar pemilih pilihan raya, semakan saman, bayaran zakat dan sebagainya.

Dalam pada itu, ada pihak yang cuba mengambil peluang untuk melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jenayah siber dilakukan oleh golongan professional dalam bidang teknologi. Kes jenayah siber terus meningkat saban tahun dan memberi ancaman terhadap kedaulatan negara kerana penggodam mampu menceroboh system pertahanan dan keselamatan negara serta memberi maklumat kepada negara musuh.

Antara jenis siber jenayah:

  • PENIPUAN
  • KECURIAN MAKLUMAT
  • CAPAIAN TIDAK SAH KE ATAS SISTEM
  •  MENYALIN PERISIAN SECARA TIDAK SAH
  •  PENGINTIPAN
  •  JUDI SIBER
  •  SKIM CEPAT KAYA
  •  PORNOGRAFI
  •  PENYEBARAN VIRUS

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH SIBER.

1)Kerjasama Antara Negara Secara Global
-perlu bekerjasama dengan negara lain untuk meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serangan siber
-menubuhkan unit pencegahan jenayah siber

2) Kerjasama Antara Kerajaan dengan Syarikat Serta Pengguna Komputer
-syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah keselamatan terlebih dahulu
-berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan.
-memberi cadangan kepda kerajaan untuk meningkatkan keselamatan maklumat

3) Pemantauan Pihak Berkuasa Di Alam Siber
-PDRM perlu meronda dan dan memeriksa siber café untuk mengelakkan berlakunya jenayah siber
-SKMM juga memainkan peranan melawati  dan menutup laman-laman yang mengajar pengguna untuk menjadi melakukan jenayah ini.

4) Menerapkan Pengetahuan Mengenai Jenayah Siber
-mengadakan kempen di sekolah
-media elektronik perlu banyak mnyiarkan iklan berkenaan jenayah siber

 

DIHASILKAN UNTUK

DIHASILKAN UNTUK