Pages

Ads 468x60px

Jumaat, 11 Januari 2013

CARA SELAMAT BELI BARANG ONLINE


Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi cara selamat ketika membeli barang online.



Memang tidak dinafikan bahawa harga alat teknologi seperti telefon pintar ini banyak dijual dan harganya pula mahal. Namun kadang-kadang harga yang dijual dalam online lebih murah dari kedai. Tidak dinafikan, barang online kebanyakan murah daripada harga yang dipasarkan di kedai. Antara salah satu kes yang berlaku ialah, seorang pembeli menempah Samsung Galaxy Sll tapi apa yang dapat ialah lesung batu. Oleh itu kita mestilah berhati-hati dalam berurus niaga dalam pembelian online.





TIPS BELI BARANG ONLINE.

1. Anda patut curiga jika harga barang terlalu murah.
2. Usahakan memberi barangan dari penjual yang berdekatan atau yang sama negeri dengan anda, bererti anda boleh pergi ke tempatnya secara terus.
3. Usahakan anda mempunyai kenalan yang berdekatan atau sama negeri dengan penjual, supaya rakan anda boleh membantu anda menyiasat kewujudan penjual berkenaan.
4. Usahakan supaya pembayaran sedapat-dapatnya dilakukan dengan cara tunai (COD) atau CashnCarry (CnC)
5. Hati-Hati terhadap desakan untuk segera melakukan pembayaran.
6. Belilah di tempat yang pernah di beli oleh rakan-rakan anda dengan tiada masalah.
7. Dapatkan dari Penjual yang memiliki Website / blog yang telah lama berada di internet.


#sumber: http://hidupduniayangsementara.blogspot.com/2012/01/cara-selamat-beli-barang-online.html

0 ulasan:

Catat Ulasan


 

DIHASILKAN UNTUK

DIHASILKAN UNTUK